CLICK HERE FOR BLOGGER TEMPLATES AND MYSPACE LAYOUTS »

BENARKAN CINTA ITU MENYAKITKAN

Setiap orang mempunyai makna cinta yang tersendiri. Ada yang kata, cinta itu menyakitkan dan jangan kau hampirinya. Tetapi, ada juga yang kata, cinta itu mengasyikkan sehingga kau akan terbawa-bawa dengan ombak asmaranya. Dan ada juga yang kata, cinta itu indah dan tiada ungkapan yang dapat menyatakan maksud cinta yang sebenar.

Bagi yang mengatakan bahawa cinta itu menyakitkan, ianya memang benar. Walau sepadan mana pun sepasang kekasih itu, akan ada juga masalah yang timbul. Ianya boleh diibaratkan, langit tak semestinya sentiasa cerah. Dalam berkapel ini, kita memang tidak boleh lari dari masalah. Bahkan, kita sendiri yang perlu menghadapinya dan juga menyelesaikan masalah tersebut.

Kesakitan cinta ini makin terasa ngilunya apabila sebuah pasangan itu hancur musnah. Apa yang dijanjikan selama ini, menjadi dusta belaka. Ketika baru sahaja clash, semuanya menjadi tak kena. Semuanya dipersalahkan. Itu tak betul, ini tak betul. Terasa diri ini dihimpit oleh sebuah keretapi dan tiada siapa yang ingin menolong.

Jadi, sekiranya anda ingin bercinta dengan seseorang, ingatlah. Cinta ini tak semuanya indah. Dan anda perlu bersedia untuk menghadapi sebarang kemungkinan yang berlaku. Yang pasti, dalam percintaan akan ada pasang surutnya perhubungan. Cuma kita tidak tahu, bila ia akan berlaku. Mungkin hari ini, esok, lusa dan bila-bila masa.

Tuesday, October 28, 2008

Universiti Teknikal Malaysia


MENARIK

  • Homepage utama berbeza dengan homepage IPTA lain kerana design yang unik.
  • Tidak perlu scroll ke bawah.
  • Link tidak banyak dan tidak keliru.
  • Mudah dilayari.

KELEMAHAN

  • Tidak banyak kelemahan pada homepage ini,ianya perlu ditambah 1 atau 2 link untuk melengkapkan ruangan kosong.

KELEBIHAN

  • Homepage kemas,padat dan ringkas.
  • Tidak membosankan kerana hanya memcatatkan maklumat utama dan penting sahaja.

Universiti Pertahanan Nasional Malaysia

MENARIK

  • Kedudukan link yang jelas serta tersusun .
  • Tidak mengelirukan.
  • Link yang berlainan untuk bahagian utama serta university.
  • Pada bahagian sebelah disediakan ruangan untuk maklumat berkenaan kampus serta perkhidmatan.

KELEMAHAN

  • Tidak banyak kelemahan kerana mungkin homepage ini bertepatan UPNM iaitu kelihatan ringkas tapi padat seiring dengan visi pertahanan.

KELEBIHAN

  • Dapat menyemak terus keputusan permohonan.
  • Maklumat lengkap tentang pentadbiran UPNM.

Universiti Malaysia Sarawak

MENARIK

  • Kurang menarik kerana terlalu banyak pada homepage.
  • Kedudukan link strategik serta jelas.
  • Tiada ruangan yang dapat menarik perhatian serta menonjol.

KELEMAHAN

  • Homepage utama memfokuskan maklumat yang sangat banyak.
  • Tidak meletakkan galeri untuk pelajar serta ruangan pihak pentadbiran.

KELEBIHAN

  • Hanya visi dan misi yang agak menonjol.Selain itu,homepage ini agak skema serta membosankan.

Universiti Malaysia Perlis

MENARIK

  • Sangat menarik serta tidak membosankan dan tidak terlalu skema.
  • Menggunakan ikon untuk e-perkhidmatan.
  • Link yang utama dan penting diletakkan pada bahagian header.
  • Dapat mengetahui maklumat tentang kampus serta membuat 1 bahagian khas bagi perkhidmatan pelajar.
  • Link yang berbeza untuk canselor,akademik dan juga kampus.

KEKURANGAN

  • Tiada

KELEBIHAN

  • Dapat dilayari dalam 4 bahasa iaitu English,Chinese,Arabic dan juga Thai
  • Homepage utama menarik serta tersusun dan tidak menimbulkan kekeliruan.
  • Terdapat button lain untuk maklumat tentang open source software program.
  • Ada ruangan untuk pautan ke IPTA lain.

Universiti Malaysia Sabah


MENARIK

· Homepage menarik kerana kedudukan link sangat tersusun.

· Tidak mempunyai ruangan yang membazir kerana setiap ruang dipenuhi sumber maklumat.

KEKURANGAN

· Homepage biasa dan agak formal serta tidak ada sudut yanh menarik perhatian pelayar.

KELEBIHAN

· Mempunyai link untuk search samada berkenaan UMS dan google.

· Membuat link yang berbeza untuk main link dengan on-line applications kerana memfokuskan perkembangan terbaru dengan maklumat yang sedia ada.

· Dapat mengetahui maklumat berkenaan susun atur pentadbiran kampus sehinggalah kepada pelajar.

· Pelayar dapat memberikan komen secara terus.

Universiti Malaysia

MENARIK

  • · Sangat menarik kerana website ini ringkas,kemas serta padat.
  • · Kedudukan link teratur strategik dan jelas.
  • · Link utama diasingkan dengan link yang biasa.

KELEMAHAN

  • · Hanya memfokuskan kepada maklumat sahaja jikalau boleh selitkan gambar kawasan sekitar kampus,pelajar atau kemudahan dalam kampus untuk menarik perhatian serta membuka mata masyarakat terhadap UM.



KELEBIHAN

  • · Dapat dilayari dalam dua versi.
  • · Kedudukan link yang userfriendlyness serta tidak menimbulkan kekeliruan.

Universiti Kebangsaan Malaysia


MENARIK

·Susun atur laman utama agak kemas serta tersusun.

·Ada imej bunga raya pada sebelah atas kanan laman utama kerana melambangkan bunga kebangsaan bertepatan dengan UKM.

·Dapat menonton video korporat UKM yang mana tidak semua university lain memilikinya.

·Memaparkan perkembangan serta berita penting berkaitan UKM.

KELEMAHAN

· Tiada.

KELEBIHAN

·Kedudukan link tersusun dan tidak menimbulkan kekeliruan.

·Link yang berlainan untuk bahagian yang tidak berkenaan.

·Dapat dilayari dalam dua versi iaitu bahasa melayu dan english.